Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kolaborasi 35 Jabatan dan Agensi Kerajaan Meriahkan Baling Beraya 2024

By 3 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Aidilfitri sempena program “Baling Beraya 2024” yang diadakan hari ini di Dewan Kenangan 2 Tun Abdul Razak, Baling dapat dilihat dengan kehadiran lebih 3000 tetamu dari seluruh pelosok tempat dalam daerah Baling.

Juadah untuk tetamu hari ini disediakan secara penggemblengan tenaga dan kerjasama dari 35 jabatan dan agensi kerajaan serta JPKKP (Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan) dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan. Usaha sama menjayakan program ini juga melibatkan syarikat perniagaan swasta iaitu Pasaraya Billion dan Econsave Baling.

Tuan Pegawai Daerah, Datuk Abdul Ghafar Yahya menyampaikan ucapan sempena “Baling Beraya 2024”

Menurut Pegawai Daerah Baling, Abdul Ghafar Yahya menerusi ucapannya bahawa, gabungan 35 agensi kerajaan dan swasta menerusi 14 gerai makanan menunjukkan satu kerjasama erat yang boleh melonjakkan nama daerah Baling menjadi sebuah daerah “Bersih Bahagia dan Berdahayahuni” setanding daerah lain di negeri Kedah.

“Program ini juga dilihat mendapat sambutan yang begitu meriah, dengan kehadiran tetamu dari pelbagai kaum dan program sebegini akan terus dilaksanakan di masa hadapan,” ujarnya.

Menurut seorang tetamu yang hadir, Nasrul Sidek, 44 dari mukim Bongor menyatakan bahawa, beliau gembira dapat hadir ke majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Daerah hari ini kerana kemeriahan yang ditonjolkan melalui hiasan gerai makanan serta juadah yang begitu menyelerakan dan sanggup meletakkan kenderaan dan berjalan kaki agak jauh walaupun dalam cuaca panas.

3000 tetamu dari serata daerah hadir ke Program “Baling Beraya 2024”

Turut diadakan sempena Baling Beraya kali ini ialah “Pertandingan Gerai Tercantik” yang dimenangi oleh Kumpulan 5 dari Mukim Teloi Kanan yang disertai oleh enam abatan dan agensi kerajaan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kolej Komuniti, Mahkamah Majistret dan Syariah serta Pejabat Zakat Daerah. Hadiah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kedah yang turut hadir bersama dalam majlis ini.

Kumpulan Nasyid Al-Zahran yang dianggotai oleh 3 orang Guru KAFA turut membuat persembahan bagi menambahkan lagi kemeriahan program “Baling Beraya 2024”.

-AA-

Tinggalkan komen anda