Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Waspada Taktik Terbaharu ‘Kawaq’

By 27 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Faeizah Ahamad/Ismail Hasan (Kota Setar)

ALOR SETAR, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Orang ramai diminta berwaspada terhadap taktik terbaharu ‘kawaq’ yang sentiasa mengintai peluang memerangkap mangsa.

‘Kawaq’ dalam loghat Kedah bermaksud orang yang melakukan perbuatan menipu ataupun mencuri harta benda orang lain kini dilihat seperti tidak berkesudahan, malah semakin berleluasa.

Penduduk tempatan yang hadir.

Inspektor Zul Helmi Abd Halim dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar berharap agar masyarakat tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

“Kerjasama semua pihak amat perlu untuk membenteras jenayah ini,” katanya.

Inspektor Zul Helmi, berkata demikian dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) di Dewan Orang Ramai Taman Aman, di sini kelmarin.

Sesi soal jawab bersama masyarakat.

Program yang bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat tentang jenayah ‘scammer’ (penipuan) ini turut meminta masyarakat agar berwaspada terhadap taktik-taktik terbaharu kawaq.

Salah seorang peserta Samhah Bakar, 67, turut berkongsi pengalamannya yang pernah kerugian sebanyak RM15 ribu kerana terperdaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud.

“Terima kasih kepada pihak polis kerana telah menyampaikan panduan pencegahan yang wajar untuk melindungi orang ramai daripada terus menjadi mangsa,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda