Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pusara Tempat Melepas Rindu, Kasih Ayah Sepanjang Masa

By 4 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Maznah Ngah

KUALA TERENGGANU, 7 Mei (Malaysiaaktif) – “Hanya pusaranya tempat saya melepaskan rindu dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya ke sini sejak arwah meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya”.

Itulah luahan seorang ayah Alias Abdullah, 63, yang masih sebak dengan kehilangan satu-satunya anak lelaki bongsu akibat diserang ‘Acute Myelogenous Leukemia’ (AML) ketika ditemui di program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Kechil bersama ahli Komuniti MADANI, di sini semalam.

Gotong-royong membersihkan tanah perkuburan bersama Komuniti MADANI dan Sahabat JaPen.

Alias ketika ditemu bual Malaysia Aktif, berkata anaknya Muhammad Mursyid Nabil, 22, meninggal dunia pada 15 November 2022 ketika dalam rawatan selepas empat bulan disahkan menghidap AML.

“Semasa dalam tempoh rawatan, saya telah berhabis puluhan ribu ringgit demi melihat anak saya kembali sihat seperti sediakala tapi Allah lebih menyayanginya dan saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya yang juga merupakan seorang pesara.

Di akhir perbualan, beliau turut menasihati ibu bapa dan anak-anak untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat sebagai salah satu ikhtiar daripada dijangkiti sebarang penyakit yang tidak diingini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda