Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Bertitah Ahli Dewan Undangan Negeri Jalankan Tanggungjawab

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul

KUANTAN, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar semua wakil rakyat di negeri ini menjalankan tanggungjawab mereka.

“Tahun 2024 merupakan tahun yang penuh bermakna dengan keberangkatan balik beta ke Negeri Pahang Darul Makmur yang amat beta cintai dan kasihi.

Baginda berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat sempena istiadat tersebut.

“Oleh itu, beta berharap Ahli-Ahli Dewan dapat menjalankan tanggungjawab dan memberikan komitmen serta mengambil bahagian dalam perbahasan dengan memberikan pandangan yang boleh meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan negeri beta,” titah Baginda ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, di sini semalam.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada paduka anakandanya Tengku Mahkota Pahang Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berjaya menjalankan tugasnya sebagai Pemangku Raja Pahang sepanjang lima tahun Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong bermula tahun 2019.

Tengku Hassanal bersalaman dengan Ahli-Ahli Dewan dan Ketua Jabatan sebelum berangkat pulang.

“Mudah-mudahan anakanda beta dapat belajar selok-belok tadbir urus dalam menguruskan pentadbiran Negeri Pahang,” titah Baginda yang juga sempat mengusik agar anakandanya itu cepat dipertemukan jodoh.

Dalam titahnya Baginda juga merakam ucapan tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas kejayaan meningkatkan prestasi kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk dua tahun berturut-turut.

Turut berangkat ke istiadat tersebut Tengku Mahkota Pahang Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda