Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Aidilfitri Himpunan NGO Melayu Kedah Meriah

By 3 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Penduduk daerah Pendang menyaksikan kemeriahan Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Pendang Commercial Centre (PCC) semalam walaupun dalam suasana hujan lebat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Datuk Dr. Zulkifly Mohamad, untuk menghimpunkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu majlis bukan satu perkara yang mudah.

Kemeriahan suasana di PCC semalam.

“Namun pada kali ini 21 NGO berjaya dihimpunkan dalam satu majlis sambutan Aidilfitri yang sangat meriah,” katanya.

Turut menarik perhatian Kelab Motosikal Klasik Pendang dan Kelab Basikal Tua Pendang yang turut menyertai dan mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai hidangan makanan serta pameran motosikal dan kereta klasik.

Salah seorang pengunjung, Azmi Shaffi, 46, berkata walaupun sukar mendapat tempat letak kereta serta hujan turun, ianya tidak menjadi alasan untuk mereka hadir dan beramah mesra bersama rakan-rakan NGO yang lain.

Orang ramai mengunjungi kiosk makanan yang disediakan.

“Seawal pukul 7.45 petang orang ramai yang terdiri daripada penduduk tempatan sudah mula berkumpul di sini untuk menikmati pelbagai menu hidangan yang disediakan,” jelasnya.

Majlis yang dihadiri hampir 5,000 orang pengunjung ini, turut diserikan dengan persembahan selawat dan qasidah daripada pelajar Tahfiz Zul Muhammadi, Sungai Lalang, Bedong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda