Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Komuniti MADANI Perlu Berperanan sebagai Lidah dan Perantara Kerajaan dan Rakyat

By 52 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad/Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Setiap ahli dalam Komuniti MADANI perlu memainkan peranan mereka sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat agar maklumat dapat disalurkan dengan lebih tepat pada setiap masa.

“Komuniti Madani merupakan lidah dan penghubung antara kerajaan dan rakyat di mana mereka harus menyampaikan dasar-dasar kerajaan yang tepat lagi sahih kepada akar umbi.

Dr. Mohamed Taufik ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Ia bagi memastikan semua agenda pembangunan dan dasar-dasar negara dapat disalurkan terus kepada rakyat,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Mohamed Taufik Johari.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian program JIWA Komuniti MADANI Parlimen Sungai Petani yang diadakan di Padang Awam Taman Keladi, di sini semalam.

Menurutnya lagi, Komuniti MADANI yang dilantik juga harus memikul tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dengan sebaiknya dan menggelakkan sangkaan buruk rakyat terhadap kerajaan.

Dr. Mohamed Taufik bergambar bersama peserta pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Kemas Taman Keladi.

Karnival kali ini juga turut menghimpunkan lebih dari 21 agensi kerajaan dan swata yang menawarkan pelbagai perkhidmatan khususnya kepada golongan sasar B40.

Pelbagai manfaat diterima oleh orang ramai seperti pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Program Jualan Rahmah dan sebagainya.

Menurut salah seorang pengunjung Salasiah Harun, 68, program sebegini memudahkan rakyat untuk berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda