Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

28 Pemilik Rumah Perakku Taman Dato’ Nazri Terima Kunci Rumah

By 31 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Farid Izzemeer (Hilir Perak)

LANGKAP, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 28 orang pemilik Rumah Perakku Taman Dato’ Nazri, Sungai Manik menerima kunci rumah masing-masing pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, di sini kelmarin.

Sandrea Ng ketika berucap

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching, berkata projek perumahan ini adalah hasil kerjasama erat antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), pemaju swasta Quantum Springs Sdn Bhd dan beberapa agensi lain dalam membangunkan 28 unit rumah teres setingkat.

Antara penerima dan keluarga yang hadir

“Setiap unit dibina dengan keluasan minimum 850 kaki persegi yang memberikan ruang mencukupi dan selesa buat setiap keluarga.

“Melalui kaedah sewa beli yang diuruskan oleh LPHP, setiap unit rumah dijual pada harga mampu milik iaitu RM70,000 seunit,” ujarnya ketika berucap merasmikan majlis.

Tambah Sandrea Ng, ini jelas membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan rumah berkualiti pada harga yang berpatutan dan dengan harga ini, golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat merealisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri tanpa bebanan kos yang terlalu tinggi.

Bagi Thivagar Selvakumar, 23, yang hadir menerima kunci rumah bagi pihak ibunya, Amuthavelli Raman, 49, dia amat gembira apabila kunci rumah akhirnya diterima oleh mereka sekeluarga.

“Perasaan pastinya sangat gembira dan kami tidak sabar untuk berpindah. Kami juga telah mula membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baru,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda