Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Perjumpaan Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Perkukuh Semangat Penjawat Awam di Terengganu

By 31 Oktober 2024November 6th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ali Imran Johari/Norma Mohd Noor (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 31 Okt (MalaysiaAktif) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan dihadiri lebih 300 penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini semalam.

Faziha Hasan, 37, pegawai dari Jabatan Pendidikan Malaysia Negeri Terengganu

Perjumpaan ini bertujuan untuk menyampaikan tiga agenda utama iaitu Penyampaian Biasiswa B40, Santuni Pesara dan Pelancaran Logo H.E.M.A.T sekali gus memberi peluang kepada penjawat awam untuk menyuarakan pandangan dan cadangan mereka.

Wan Ahmad Dahlan menegaskan bahawa perjumpaan ini penting untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin dan penjawat awam serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Mazni Jaafar, 42, pegawai dari Jabatan Laut Malaysia Negeri Terengganu

Salah seorang kakitangan awam dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Faziha Hasan, 37, mengakui bahawa perjumpaan ini sangat bermanfaat.

“Saya dapat bertanyakan soalan dan menerima maklum balas secara langsung yang menjelaskan lebih terperinci tentang tugas dan fokus penjawat awam di masa hadapan,” katanya.

Manakala kakitangan awam dari Jabatan Laut Malaysia Negeri Terengganu Mazni Jaafar, 42, berpendapat nasihat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam memberikan semangat baru kepada penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” ujarnya.

Wan Ahmad Dahlan turut mendengar setiap pandangan dengan teliti serta menekankan bahawa penambahbaikan dalam perkhidmatan awam adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada pelajar cemerlang dan penerima dermasiswa B40.

-AA-

Tinggalkan komen anda