Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan akan Perketat Undang-Undang Berkaitan Buli Siber

By 25 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bercadang untuk melaksanakan siri pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tata Cara Jenayah berkaitan isu buli siber.

“Satu Rang Undang-undang Pindaan akan dibawa ke Parlimen dalam mesyuarat kali ini.

“Selain daripada itu, satu Rang Undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian atau Online Safety Act yang ringkasannya ONSA akan dibawa ke Parlimen juga untuk memastikan bahawa dari segi secara keseluruhannya, Internet kita menjadi lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil.

Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan itu langkah tersebut diambil untuk menutup kelompongan dalam akta tersebut.

“Kita mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang merupakan buli siber kerana pada waktu ini dapatan daripada kajian di pihak kerajaan menunjukkan tidak ada takrif yang tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber,” katanya.

Fahmi, berkata demikian di Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini petang tadi.

Katanya, Rang Undang-Undang tersebut akan dibentang pada sidang Parlimen kali ini dan bacaan kali kedua dijangka akan dibentangkan menjelang awal Disember nanti.

Pada sidang media tersebut Fahmi juga mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai media rasmi bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) tahun hadapan.

Malaysia akan dilantik sebagai Pengerusi ASEAN secara rasmi pada 1 Januari 2025.

“RTM akan menjadi penyiar rasmi manakala BERNAMA akan mainkan peranan sebagai agensi media utama yang akan membantu menyelaras aspek-aspek media sepanjang kepengurusan ASEAN tahun depan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda