Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sekolah Platform Terbaik Didik Generasi Muda Amalan Hidup Sihat

By 2 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Helmi Hamdy/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Sekolah menjadi platform terbaik untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan amalan hidup sihat.

Pegawai Kesihatan Daerah Bagan Datuk Dr. Mohamad Zarudin Mat Said, berkata amalan kehidupan kanak-kanak pada masa kini yang kurang melakukan aktiviti fizikal dan lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet perlu diubah.

Kamarudin Jaffar gembira SKSE terpilih sebagai lokasi penganjuran BMSS tahun ini.

“Amalan tersebut akan mendedahkan kanak-kanak dengan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.

“Selain aktiviti fizikal, kanak-kanak perlu dididik untuk mengamalkan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian demi menghindari masalah obesiti dan bantut,” ujarnya ketika ditemu bual di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat (SKSE) sempena Program Kembara Jelajah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)@ School Negeri Perak 2024, di sini kelmarin.

Tambah beliau, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena program ini seperti Pocket Talk Kesihatan, kuiz santai, pameran kesihatan interaktif dan sukan kecergasan.

Dr. Mohamad Zarudin (berbaju hijau) hadir merasmikan program.

“Selain itu, kita juga melakukan saringan kesihatan, pergigian, minda sihat dan sesi senamrobik bersama Pasukan Penggerak Kecergasan Daerah dengan melibatkan kanak-kanak serta pengunjung yang hadir,” ujarnya yang turut merasmikan program.

Sementara itu, guru besar Kamarudin Jaffar berterima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah atas pemilihan SKSE sebagai lokasi penganjuran BMSS untuk tahun ini.

“Program koloborasi antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan hari ini berjaya mencapai objektifnya dalam mendidik kanak-kanak tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan hidup sihat,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda