Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Usia Bukan Penghalang Aktif Senamrobik

By 7 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)

KUANTAN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Usia bukan penghalang bagi warga emas Nor Afidah Mohamed, 62, untuk kekal aktif melakukan senamrobik tambahan pula beliau pernah mengalami kecederaan dalam kemalangan kereta kira-kira 16 tahun lalu.

Usia bukan penghalang, rata-rata ahli senamrobik kumpulan ini berusia 40 tahun ke atas

Ujarnya, beliau telah mula giat melakukan aktiviti senamrobik ini sejak usianya di awal 20-an lagi.

“Jika ditanya mengenai amalan hidup sihat ini, saya akan pastikan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya kita kekal sihat dan cergas,” katanya ketika ditemui selepas aktiviti senamrobik di Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Pahang 2024, kelmarin.

Beliau turut menasihati anak-anak muda agar mulakan senaman dari awal dan tidak perlu tunggu sakit dahulu baru ingin bersenam.

Izan (kanan) bersama rakan-rakannya aktif melakukan aktiviti senamrobik di sekitar bandar Kuantan

Sementara itu, rakannya Izan Sofea Mohd Nor, 55, berkata selain dari minat melakukan aktiviti senamrobik ini, dirinya tidak boleh duduk diam sahaja tanpa sebarang pergerakan dan aktiviti.

“Saya juga mula aktif senamrobik sejak dari umur 20-an lagi, dan telah terbiasa jadi saya tidak boleh duduk diam sahaja,” katanya yang mengamalkan memakan ulam-ulaman dalam diet pemakanannya.

Nor Afidah dan Izan merupakan antara yang menyertai kumpulan senamrobik Love Aerodance dan istimewanya kumpulan ini terdiri daripada kalangan yang sudah berusia.

-AA-

Tinggalkan komen anda