Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pawagam Medium Sebar Luas Maklumat

By 7 Oktober 2024Oktober 21st, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Farhan Abd Rahim/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

IPOH, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Tayangan filem ‘Takluk: Lahad Datu’ bersama Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Batu Gajah dan Komuniti MADANI Tronoh sempena program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) telah diadakan di pawagam TGV Aeon Station 18, di sini kelmarin.

Nyanyian lagu Negaraku dan Kebesaran Negeri Perak sebelum tayangan filem bermula

Program ini sebagai satu langkah dalam menerapkan semangat patriotik khususnya golongan muda serta memberi pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan demi kedaulatan negara.

Program dirasmikan Ho Chee Seng mewakili ADUN Tronoh.

“Selain menghargai jasa dan pengorbanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin, golongan veteran dan generasi muda,” katanya ketika berucap.

Antara pengisian program ialah nyanyian lagu Negaraku, Kebesaran Negeri Perak dan cabutan bertuah.

Menurut Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Batu Gajah Zulkifly Ahmad Ilyas, memulakan tayangan dengan nyanyian lagu Negaraku merupakan satu usaha yang baik dalam menyemai semangat cintakan negara terhadap rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kinta Nurul Azirah Mohd Yunus menyifatkan pawagam antara medium yang berkesan dalam menyebar luas maklumat kepada masyarakat.

“Pawagam merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan umur,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda