Laporan/foto: Fasharina Kholil/Siti Yusmila Yusof (Sik)
SIK, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang pekebun kecil menerima beras sumbangan Grand Teknik Bina Sdn. Bhd. menerusi Program Sumbangan Beras Kasih Prihatin di Dataran Sik Lestari, di sini semalam.
Menurut Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Sik Muhammad Fuzi Dolah, sumbangan ini merupakan usaha PKPM dalam membantu pekebun kecil khususnya di daerah ini memandangkan kos sara hidup yang sentiasa meningkat.
Fuzi turut berbesar hati kerana Grand Teknik Bina begitu cakna dengan keadaan ahli-ahli PKPKM khususnya di Cawangan Sik ini dengan memberi sumbangan 1,000 kampit beras.
Sementara itu, Pengarah Urusan Grand Teknik Bina Sdn. Bhd. Datuk Ir. Ts. Hj. Abdul Manaf Hanafi berharap sumbangan ini dapat membantu mengurangkan bebanan para pekebun kecil.
“Kita bersimpati dengan nasib yang dialami penoreh getah dan berusaha membantu bagi meringankan beban mereka terutamanya dalam mendepani cabaran ekonomi hari ini.
“Walaupun harga getah kini agak tinggi namun cuaca yang tidak menentu turut menyebabkan punca pendapatan terjejas. Justeru itu, semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan para penorehdi samping ” ujarnya.
Salah seorang penerima bantuan Sanah Md hassan, 68, bersyukur kerana ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Dengan adanya bantuan ini, ia dapat mengurangkan beban perbelanjaan kami,” katanya.
-ZS-