Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Sungai Warisan Generasi akan Datang

By 25 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Al-Tarmizi Azmi

KOTA TINGGI, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Program Johor Bersih@Sungai Daerah Kota Tinggi merupakan inisiatif Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam memastikan kebersihan persekitaran sungai terjamin melalui permuafakatan semua pihak termasuk pemimpin, masyarakat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebanyak 250.5 kilogram sampah berjaya dikutip pada program tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon ketika majlis perasmian di Sungai Sedili Besar, di sini, berkata program bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta menyuntik semangat dalam menjaga kebersihan persekitaran sungai.

“Program seperti ini perlu bermula daripada kita dan setiap tindakan yang kita lakukan memberi kesan kepada alam sekitar pada masa akan datang.

“Saya menyeru agar semua pihak memainkan peranan bagi memastikan sungai-sungai di daerah Kota Tinggi menjadi yang terbersih dan terindah di negeri Johor,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui pembentangan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Belanjawan Maju Johor Rakyat Sejahtera’ telah memperuntukan sebanyak RM200,000 bagi program Southern Volunteer Go Green dan Johor Bersih.

Barisan tetamu kehormat yang hadir.

“Saya berharap agar kita sama-sama mencintai sungai dan alam sekitar kita kerana apa yang kita buang pada hari ini berkemungkinan pada hari esok akan dikembalikan oleh kuasa alam serta mengakibatkan banjir,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Sharuddin Mohd Yunus, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi Wan Ahmad Hazmil Wan A. Aziz serta ketua-ketua jabatan daerah ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda