Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

IOW Pasarkan Maklumat Terkini Berkaitan Dasar Kerajaan

By 26 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sani Sulhi (Sarawak)

SONG, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IOW) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) daerah Song merupakan salah satu program turun padang dan bersemuka dengan menyantuni masyarakat dengan memberi peluang kepada rakyat setempat untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar kerajaan.

IOW ini adalah satu pendekatan bersemuka yang sangat dekat dengan masyarakat kerana maklumat disampaikan secara terus kepada masyarakat selain masyarakat lebih yakin dengan maklumat yang disampaikan oleh JaPen secara berterusan.

Sesi penerangan oleh Pembantu Penerangan Daerah Song, Sani Sulhi kepada Tuai Rumah Jarop Bungkong (duduk kiri) semasa program IOW.

Menurut Tuai Rumah Jarop, 70, program seperti ini merupakan keadah yang sesuai dan pantas memasarkan maklumat terkini mengenai dasar-dasar baru kerajaan yang banyak membantu rakyat.

“Saya berharap hebahan maklumat melalui program IOW ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa hadapan,” katanya, di sini kelmarin.

Pegawai Penerangan Daerah Joseph Laga berkata, Pejabat Penerangan Daerah Song telah mengadakan program IOW dan hebahan ini secara konsisten setiap minggu dalam usaha menyampaikan maklumat dan naratif yang terkini seperti Belanjawan 2025 secara terus kepada masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda