Laporan/foto: Hamzah Bohari (Sarawak)/Facebook Lidam Assan
SONG, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan memuji penganjuran Pesta Ria Daerah Song yang dilihat dapat menarik ramai pengunjung dari pelbagai kawasan dan masyarakat berbilang kaum sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka.
“Program tersebut membolehkan masyarakat melihat sendiri pameran yang disediakan sambil merasai juadah yang dijual dengan harga yang murah.
“Saya berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang agar dapat menarik lebih ramai pengunjung ke daerah Song,” katanya, di sini kelmarin.
Penganjuran Pesta Ria daerah Song yang bermula dari 22 November lalu sehingga 1 Disember ini di Gelanggang Futsal Daerah Song, di sini turut mengadakan pelbagai aktiviti termasuk mini funfair dan jualan produk dan makanan tempatan.
Selain itu, pameran dan jualan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Song yang turut menjual produk seperti kelapa segar, pokok kopi Liberica, keropok dabai, kraf tangan dan madu kelulut menarik perhatian pengunjung yang datang.
-ZS-