Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jamil Pulut Rendang Menu Wajib Jika ke ‘Lepeh’

By 5 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Nur Bazilah

LIPIS, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Jamil Pulut Rendang merupakan menu yang wajib dicuba jika anda berkunjung ke Daerah Lipis.

Perniagaan yang telahpun berusia melebihi 50 tahun dan lokasi kedai yang terletak di Jalan Tan Sri Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Medan Tangga di Bandar Lama Lipis juga merupakan Tapak Warisan Budaya, menjadi tarikan tambahan untuk dikunjungi.

Jamil dan isteri di hadapan kedai.

Mohd Jamil Hashim, 64, yang merupakan pengusaha menu tular ini akan memulakan perniagaannya seawal pukul 6.30 pagi setiap hari kecuali hari Ahad.

Menurut Mohd Jamil, beliau mewarisi perniagaan ini daripada bapa angkatnya, Haji Malik Buyong.

“Alhamdulillah, perniagaan pulut rendang ini masih mampu bertahan dan saya mengambil alih daripada bapa pada tahun 1974 yang mana saya turut dibantu oleh isteri serta anak-anak mengusahakan secara bersama dan kini terdapat sebuah lagi kedai di Taman Perwira yang diusahakan oleh anak saya,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak tujuh hingga lapan kilogram (kg) beras pulut diperlukan setiap hari beserta enam ekor ayam dan 20 kg daging akan dimasak rendang bagi melengkapkan hidangan pulut tersebut dan setiap satu set hidangan dijual pada harga RM11.00.

Pulut Jamil yang menjadi kegemaran penduduk setempat dan pengunjung luar.

“Menu ini juga menjadi antara menu kegemaran Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jika berangkat mencemar duli ke Daerah Lipis,” katanya.

Daerah Lipis sememangnya kaya dengan pelbagai menu warisan yang lazat dan unik seperti gulai masam tempoyak, dodol kukus dan kuih serabai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda