Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kerajaan Negeri Melaka Memperkenalkan Varieti Padi Baharu MARDI MR326

By 5 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Faris Suhaimi (Jasin)/Facebook MARDI 

JASIN, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, semalam memperkenalkan Varieti Padi Spesialti Baharu MR326 dalam satu majlis yang berlangsung di Kampung Sempang, Merlimau.

Ketua Menteri Melaka bergambar dengan Varieti Padi Baharu MR336.

Menurut Ab Rauf Yusoh, program yang disokong oleh pelbagai agensi termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi di kawasan luar jelapang sehingga mencapai 7.83 metrik tan sehektar.

Varieti MR326 yang diperkenalkan berpotensi membawa perubahan positif kepada industri padi tempatan.

Dengan sasaran sebanyak 200 metrik tan benih sah, projek ini diharapkan dapat memenuhi keperluan benih di negeri ini.

“Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Melaka juga menzahirkan komitmen untuk membangunkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan bersama Negeri Sembilan dan Johor, dengan harapan inisiatif ini akan menyelaraskan projek pembangunan berimpak tinggi demi mencapai pertumbuhan ekonomi mampan bagi ketiga-tiga negeri,” katanya.

Ucapan Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pengarah MARDI Mohamad Zabawi Abd Ghani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda