Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Pelbagai Bangsa Hadir Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Sembilan

By 24 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi

TAMPIN, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 4,000 tetamu hadir memeriahkan sambutan Deepavali Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang berlangsung di Kompleks Arena, di sini semalam.

Sambutan Deepavali kali ini agak luar biasa kerana bukan sahaja kaum India yang hadir, malah masyarakat Melayu dan Cina juga turut meraikannya.

Tuanku Muhriz bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah turut mencemar duli menghadiri sambutan.

Menurut Raja Veerapan, 50, sambutan kali ini membawa mesej perpaduan di mana persembahan pelbagai kaum yang ditunjukkan di pentas utama.

“Makanan yang disediakan pula sesuai untuk semua kaum di Malaysia,” katanya.

Raja turut berterima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri yang tidak lupa untuk merayakan sambutan perayaan utama bagi kaum India bersama pelbagai kaum lain.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama Aminudin.

Pengunjung Fazleyaty Arifin, 49, berkata tetamu yang hadir dapat merasakan kemeriahan sambutan.

“Pelbagai menu tradisi masyarakat India seperti panipuri, tosey, ladu dan banyak lagi dihidangkan untuk masyarakat,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Haji Aminudin Harun, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda