Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Jelajah Sejahtera Desaku Sejahterakan Komuniti Luar Bandar

By 26 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)

TAIPING, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Penganjuran Program Jelajah Sejahtera Desaku menjadi satu langkah proaktif bagi memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pembangunan sosial di kawasan desa.

Menurut Penolong Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) Fizry Azmier Salehuddin, untuk tahun ini sebanyak 17 desa di negeri Perak tersenarai untuk dikunjungi oleh kerajaan negeri di bawah program yang bertujuan mensejahterakan komuniti luar bandar.

Ceramah mengenai penipuan ‘scammer’ terus dipergiat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Kali ini kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Aulong dipilih bagi daerah LMS dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Assam Kumbang menjadi lokasi pilihan program.

“DUN Aulong merangkumi empat kampung tradisional yang ditadbir oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) iaitu Kampung Aulong, Kampung Assam Kumbang, Kampung Dato’ Haji Hashim dan Kampung Kota Barat,” ujarnya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Fizry Azmier (empat dari kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Menurutnya, lebih 500 masyarakat pelbagai kaum hadir memeriahkan program ini yang membawakan pelbagai aktiviti menarik termasuk sukaneka rakyat, pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah MADANI, pameran jabatan dan agensi, serta ceramah ‘Bebas Denggi’ oleh Pejabat Kesihatan Daerah LMS dan ceramah ‘Jenayah Siber dan Scammer‘ oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Turut berlangsung pemberian cermin mata percuma kepada golongan B40 oleh Aezlyn Optical, Taiping.

-ZS-

Tinggalkan komen anda