Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pokok Tin Berpotensi Jadi Tanaman Komersil

By 27 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly (Maran)

MARAN, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Pokok tin berpotensi menjadi tanaman komersial yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Menurut adik pengusaha pokok tin Profigs Jengka Enterprise, Felda Ulu Jempol, di sini Zainulabidin Ramli, 42, mereka memilih untuk mengusahakan tanaman ini kerana potensinya untuk dikembangkan di Malaysia berikutan permintaan yang tinggi selain masih kurang yang mengusahakan secara komersial.

Jenis ‘Matsui Dalphine’ (MD) buah merah yang berasal dari Jepun.

“Buah tin juga mempunyai pelbagai kebaikan dan kelebihan antaranya kaya dengan nutrien, baik untuk percernaan, mengawal gula dalam darah, menyokong kesihatan jantung, menguatkan tulang dan banyak lagi.

“Selain buah tin boleh dimakan dan dikeringkan untuk tujuan penyimpanan, buah tin juga boleh dijadikan sebagai jem atau jus dan daunnya boleh dijadikan minuman yang berkhasiat,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Menurutnya lagi, mereka menanam tiga jenis buah tin jenis Matsui Dauphine (MD) iaitu buah merah yang berasal dari Jepun, Constantine de Algerie (CDA) buah kuning dari Algeria dan Iraqi buah hitam dari timur tengah Iraq.

Daun pokok tin yang telah dikeringkan boleh dijadikan minuman berkhasiat.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada agensi terlibat kerana banyak memberikan bantuan dan sokongan seperti FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) yang telah menyediakan tanah bagi projek ini.

“Jabatan Pertanian memberi bantuan dari segi baja, pusat pengumpulan dan khidmat nasihat dari semasa ke semasa dan tidak lupa kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Maran,” katanya.

Zainulabidin turut menjemput orang ramai yang berminat ke tapak kebun mereka yang beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa sebarang bayaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda