Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Titah Menubuhkan Pasukan SAR dalam Kalangan Penduduk Tempatan

By 26 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akma Laily/Nazrin Asraff

MARAN, 26 Nov (Malaysiaaktif ) – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Pahang mewujudkan pasukan penyelamat khas untuk menjaga keselamatan orang awam di sepanjang Sungai Pahang.

Tuanku berkenan menyantuni isteri dan keluarga mangsa.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli melihat operasi mencari dan menyelamat seorang guru yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang, berhampiran Jeti Chenor, di sini semalam.

“Pasukan ini perlu terdiri daripada orang tempatan memandangkan mereka lebih mahir dengan selok-belok Sungai Pahang,” titah baginda.

Baginda Tuanku turut berkenan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama-sama pasukan keselamatan dan menitahkan pasukan penyelamat mencari mangsa melalui udara dari Jeti Chenor ke Bukit Tajau.

Tuanku turut berkenan bercemar duli menyertai operasi SAR mencari mangsa lemas.

Mangsa yang dikhuatiri lemas Murdani AB Rahman, 53, merupakan seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor dikatakan terjatuh ketika memancing petang kelmarin.

Tinggalkan komen anda