Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Usia Bukan Penghalang Menimba Ilmu

By 22 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/KKGP

GERIK, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Minat memasak mendorong seorang warga emas menyertai Kursus Produk Hiliran Berasaskan Buah-Buahan daripada Penghasilan Tart Mangga dan Pai Nanas sempena Program Pemberdayaan Usahawan Wanita Tahun 2024 di Kolej Komuniti Gerik Perak (KKGP), di sini semalam.

Kursus bertujuan membantu menjana pendapatan peserta.

Menurut Siti Robayah Darus, 66, dari Kampung Plang, dia bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang daripada 30 peserta kursus anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak ini.

“Saya bercadang untuk berkongsi ilmu yang saya perolehi dengan masyarakat di luar sana khususnya ibu tunggal.

“Tujuannya untuk membantu mereka menjana pendapatan dengan penghasilan pembuatan kuih tart mangga dan pai nanas memandangkan permintaan kuih ini amat tinggi terutama bila tiba musim perayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Salbiah Mohamed, berkata program ini merupakan sebuah program latihan penjanaan pendapatan.

Siti Robayah (duduk dua dari kanan) bersama rakan peserta kursus.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan dan latihan bagi memulakan perniagaan kendiri serta membantu menghubungkan wanita yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan.

“Program ini juga membantu melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing dapat dilahirkan,” ujarnya ketika berucap merasmikan penutupan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda