Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lebih 1,700 Peserta Meriahkan Taiping 150 Ride

By 10 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)

TAIPING, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Taiping 150 Ride menyaksikan lebih 1,700 peserta memeriahkan acara berbasikal itu di Dataran Warisan Taiping, di sini kelmarin.

Wong Kah Woh turut serta dalam kayuhan santai 20km.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh, program ini merupakan pembuka tirai sempena Sambutan Penutup Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping.

“Peserta berbasikal ini datang dari pelbagai lokasi dan mereka telah mula berkampung di Taiping sejak Jumaat.

“Peserta bukan sahaja mewakili diri sendiri malah ada yang mewakili pasukan atau kelab basikal pro bagi memberi sokongan dan inspirasi kepada peserta kayuhan,” katanya.

Wong Kah Woh menyantuni peserta yang berjaya menamatkan kayuhan.

Taiping 150 Ride merupakan anjuran bersama Kelab Berbasikal Elit dan GoSportz Sdn Bhd serta mendapat sokongan Ahli Parlimen Taiping.

Acara ini menawarkan tiga kategori perlumbaan iaitu 90 kilometer (km) dan 60km untuk kategori kompetitif serta kayuhan santai 20km.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong Teh Kok Lim, ADUN Pokok Assam Ong Seng Guan, Orang Besar Jajahan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) Datuk Seri Wan Mohd Isa Datuk Mohd Razali, Pegawai Daerah Mohd Nasrul Menhat dan Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda