Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Peruntukan RM10 Juta Bagi Pemuliharaan Taman Tasik Taiping

By 10 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)

TAIPING, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) berjaya membangunkan 109 buah projek pembangunan landskap di seluruh negara melibatkan perbelanjaan sebanyak RM51.9 juta termasuk Projek Pemuliharaan Taman Tasik Taiping, tahun ini.

Nga meninjau kawasan Taman Tasik Taiping bagi projek pemuliharaan.

Menurut menterinya Nga Kor Ming, Projek Pemuliharaan Taman Tasik Taiping diperuntukkan sebanyak RM10 juta melibatkan kerja-kerja pembaikan laluan siar kaki, perabot taman, wakaf dan jambatan berusia lebih 60 tahun.

“Peruntukan tersebut turut merangkumi skop perawatan dan pemulihan pokok-pokok ameniti terutama pokok hujan-hujan atau nama saintifiknya Samanea saman, ikon utama Taman Tasik Taiping yang berusia lebih 130 tahun.

Pelancaran Buku Dasar Landskap Negara 2.0.

“Selain itu, kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan tasik juga akan dilaksanakan bagi mengawal hakisan tebing tasik, peningkatan biodiversiti dan kualiti air,” katanya ketika berucap menyempurnakan Program Sentuhan Kejayaan KPKT Tahun 2024 (Pencapaian Jabatan Landskap Negara) dan Majlis Pelancaran Dasar Landskap Negara 2.0 (DLN 2.0) di Grand Baron Hotel, di sini kelmarin.

Turut berlangsung pelancaran Buku Dasar Landskap Negara 2.0.

-ZS-

Tinggalkan komen anda