Laporan/foto: Muhammad Amirul Muzamil Razali/Nor Sofian Abdul Manan (Segamat)
SEGAMAT, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Kampung Tasek, di sini semalam.
Onn Hafiz tiba seawal pukul 9.30 pagi untuk menyampaikan sumbangan kepada ketua keluarga mangsa banjir yang berlindung di PPS berkenaan.
Menurut salah seorang mangsa banjir, Dalila Rizqiqa Rosli, 31, bantuan yang diberikan meringankan beban mereka.
“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami menghadapi kesan daripada bencana banjir yang melanda pada kali ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Menteri Besar Johor turut mengarahkan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi berkaitan untuk mempercepatkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dijadualkan siap pada tahun hadapan.
-ZS-