Laporan/foto: Ahmad Syafri Husnaini/ATM
HULU TERENGGANU, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Operasi memindahkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Menerong ke SMK Landas telah berjaya dilaksanakan dengan lancar, di sini semalam.
Menurut Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para) Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abdul Aziz, pemindahan ini dilakukan berikutan Pusat Peperiksaan di SMK Menerong terpaksa ditutup akibat bencana banjir yang melanda kawasan tersebut.
“Operasi yang melibatkan dua pegawai dan 25 anggota 18 RAMD (Para) diketuai oleh Mejar Mohd Shahril Usof ini telah berjaya memindahkan dua orang guru dan 48 pelajar, terdiri daripada 26 lelaki dan 22 perempuan ke SMK Landas dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan bomba,” jelasnya.
-ZS-