Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

TPM Santuni Mangsa Banjir di Hulu Terengganu

By 1 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad/Jabatan Penerangan Negeri Terengganu

HULU TERENGGANU, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melawat dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Nibung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas di daerah ini, di sini semalam.

Penduduk setempat menyambut baik kunjungan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah menerima taklimat mengenai situasi semasa banjir yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu Lizan Che Mat.

Menurut Lizan, banjir yang melanda Terengganu tahun ini agak buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat.

“Setakat jam 6.00 petang ini, seramai 40,318 orang telah dipindahkan ke 312 PPS di seluruh negeri,” katanya.

Penduduk setempat menyambut baik kunjungan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid turut meluangkan masa untuk bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada mangsa banjir yang tinggal sementara di kedua-dua PPS tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda