Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

ATM Bantu Penduduk Ajil Terputus Hubungan Dipindahkan ke PPS

By 1 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Syafri Husnaini/ATM

HULU TERENGGANU, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Operasi menyelamat dan pemindahan sebuah keluarga yang terputus hubungan akibat banjir telah dilaksanakan dari Kampung Baru Jaya, Ajil ke pusat pemindahan sementara (PPS) Surau Mok Mek, Hulu Terengganu, di sini semalam sekitar pukul 1.00 pagi.

Operasi memindahkan penduduk kampung menggunakan aset perairan dan kenderaan milik ATM.

Menurut Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para) Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abdul Aziz, Kampung Baru Jaya telah dinaiki air secara mendadak akibat hujan lebat berterusan dan arus air yang kuat.

“Keadaan ini menyebabkan laluan utama kampung tersebut tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Oleh itu, mangsa telah dipindahkan dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk Kampung Baru Jaya.

Air naik secara mendadak akibat hujan lebat menyebabkan laluan utama di Kampung Baru Jaya tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

“Kerjasama antara ATM, PDRM, dan penduduk setempat adalah amat penting dalam menangani situasi ini,” ujarnya.

Operasi pemindahan yang melibatkan dua pegawai dan 31 anggota diketuai oleh Kapt. Muhamad Akmal Abdul Samad ini berakhir pada pukul 2.30 pagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda