
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 16 Jan (Malaysiaktif) – Seramai 600 orang dari golongan asnaf dan orang kurang upaya dari tiga buah parlimen di negeri Perlis telah menerima Sumbangan Ihsan Madani yang disampaikan oleh Datuk Azman Abidin selaku Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, di sini semalam.

Seramai 200 penerima Sumbangan Ihsan Madani bagi Parlimen Kangar
Menurut Datuk Azman Abidin di dalam ucapan sempena Program Ihsan Madani bagi Parlimen Kangar yang berlangsung di Mess Pegawai Polis Kangar, berkata program ini adalah satu pemintaan daripada Perdana Menteri kepada semua setiausaha politik beliau supaya dapat turun ke semua kawasan parlimen di Malaysia bagi menyampaikan sedikit sumbangan dan pada masa yang sama mendengar permasalahan yang di hadapi oleh rakyat.

Bergambar kenangan selepas selesai program sumbangan
“Sebagaimana yang kita tahu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sentiasa sibuk dengan tugas-tugas rasmi di dalam dan luar negara, maka beliau meminta kami (setiausaha politik) mewakilkan beliau untuk membantu rakyat ke kawasan yang beliau tidak dapat hadir,” katanya.
Program ini bermula di Dewan Besar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melibatkan seramai 200 penerima bagi Parlimen Arau dan seterusnya ke Dewan Seri Melati, Beseri untuk sesi sumbangan kepada 200 penerima bagi Parlimen Padang Besar dan di sebelah petang seramai 200 lagi penerima untuk Parlimen Kangar di Mess Pegawai Polis, Kangar.
“Setiap penerima pada hari ini diperoleh dari data pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Perlis.
Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Perpaduan Ihsan Perlis.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, Gan Ay Ling, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Perlis, Maznah Musa dan Amin Ahmad.
-AA-