Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Ilmu Dapat Meningkatkan Darjat dan Martabat Seseorang

By 29 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/Pejabat Daerah Segamat (Segamat)

SEGAMAT, 29 Jan (MalaysiaAktif) – Majlis Perasmian Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Segamat telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi di Masjid Taman Yayasan Segamat yang turut dihadiri seramai 350 orang, kelmarin.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi semasa menyampaikan ucapan perasmian

Peserta qari Amir Anuar Ab Aziz, 36 dan peserta qariah Farah Hazwani Zainudin, 36, dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Segamat 1446 Hijrah/2025 Masihi.

Amir Anuar Ab Azis mendapat 89 peratus markah manakala Farah Hazwani Zainudin 84 peratus.

Menurut Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi, al-Quran merupakan Kitab Suci yang menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan kita dan sebagai umat Islam, kita sewajarnya sentiasa mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya, agar hidup kita akan selamat dan sejahtera.

Peserta Johan qari Tilawah al-Quran memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada penonton

“Penganjuran majlis tilawah al-Quran ini bukan sekadar untuk memperdengarkan kemerduan atau kelunakan suara para qari atau qariahnya tetapi apa yang lebih penting adalah mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada peserta yang hadir.

“Membaca adalah jambatan ilmu kerana ilmu lah yang dapat meningkatkan darjat dan martabat insan di dunia ini,” katanya semasa merasmikan program.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 10 peserta yang berentap untuk mewakili daerah Segamat di peringkat Negeri Johor.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang Haslinda Salleh, Kadi Daerah Segamat Muhamad Hamizan Sayuti dan Pengerusi Masjid Taman Yayasan Ramle Ramlan.

-AA-

Tinggalkan komen anda