Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Jualan Rahmah Dalat dapat Sambutan Menggalakkan

By 23 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kamarulzaman Ahmad (Sarawak)

DALAT, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah dengan kerjasama pasar raya tempatan di sini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Suasana orang ramai hadir dan beratur menunggu giliran untuk membeli barang.

Menurut salah seorang penduduk tempatan yang sempat ditemu bual, Azwan Mohamad, 31, program tersebut sangat membantu mereka dalam menangani kos sara hidup semasa.

“Program seperti ini amat membantu kami dalam mengurangkan perbelanjaan harian, terutama dengan kenaikan harga.

Azwan Mohamad.

“Saya berharap program ini dapat diadakan lebih kerap di kawasan luar bandar kerana ia sangat membantu golongan rendah seperti kami,” katanya.

Dianggarkan lebih daripada 500 orang telah hadir ke Program Jualan Rahmah tersebut.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk beras, minyak masak, gula, tepung dan telur.

Penduduk mula membanjiri lokasi jualan seawal pukul 7.00 pagi untuk mendapatkan barangan keperluan yang ditawarkan pada harga istimewa.

-RJ

Tinggalkan komen anda