
Laporan/foto: Zaini Morshidi (Sarawak)
SIBU, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Pewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini dilihat telah memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Sekitar program lawatan NADI.
Menurut wakil Komuniti MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan, Tan Boon Hock, 51, pewujudan NADI di kawasan Pelawan amat membantu mereka.
“Saya amat berharap agar kemudahan di situ dapat digunakan sepenuhnya dan pihak kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak NADI di bandar Sibu khususnya bagi membekalkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan dan langkah-langkah pencegahan menjadi mangsa scammer,” katanya, semalam.

Sekitar program lawatan NADI.
Sebanyak tiga Komuniti MADANI di bawah DUN Pelawan, iaitu Komuniti MADANI Swan, Komuniti MADANI Norkiah dan Komuniti MADANI Rejang Park telah mengadakan kunjungan ke NADI yang terletak di Jalan Pahlawan, di sini.
Sesi lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengenali peranan yang dimainkan oleh NADI khususnya maklumat yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang terkini.
-ZS-