Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Khatan Beramai-ramai Rai 27 Kanak-kanak

By 20 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Nashran (Kampar)

KAMPAR, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 27 orang kanak-kanak diraikan dengan paluan kompang dan semburan air menggunakan paip bomba sempena Program Khatan Beramai-ramai di Kampung Gunung Mesah Hilir, di sini kelmarin.

Nazrul ketika berucap.

Program anjuran Masjid Ar-Rahman ini diadakan bagi memenuhi tuntutan agama di samping menghidupkan tradisi yang terus menjadi amalan masyarakat setempat pada cuti sekolah.

Pegawai Daerah Kampar Nazrul Fazami Mohamad, berkata program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat.

“Program seperti ini bukan sahaja memenuhi tuntutan agama malah menyemarakkan lagi kemeriahan cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat.

Acara mandi sembur air bomba kepada peserta khatan.

“Saya difahamkan bahawa ini merupakan tahun kedua dilaksanakan. Insya-Allah sekiranya ada peruntukan dan sokongan daripada agensi kerajaan serta pihak penyumbang, kita akan meneruskan pelaksanaannya pada tahun depan,” katanya ketika berucap merasmikan program.

Tambah Nazrul, beliau berharap agar para peserta dapat memanfaatkan pengalaman ini dengan sebaiknya dan menjalani proses khatan dengan penuh ketenangan serta keberkatan.

“Semoga program ini dapat terus memupuk semangat ukhuwah Islamiah selain mempereratkan hubungan antara masyarakat setempat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda