
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
KUALA LINGGI, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah yang berusia 44 tahun dan dikategorikan sebagai sekolah daif telah dipilih untuk menerima transformasi naik taraf termasuk pembinaan bangunan baru sekali gus dapat memperbaiki dan memperkukuhkan asas pendidikan di sekolah tersebut.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka memberi taklimat kepada Ketua Menteri Melaka.
Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan negeri amat komited dan prihatin terhadap sektor pendidikan dengan hasrat untuk menjadikan negeri Melaka sebagai hub pendidikan yang tersohor di negara ini.
“Bagi memulihkan bangunan sekolah ini, maka kerajaan negeri melalui permohonan bantuan yang telah dipanjangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan infrastruktur yang usang lagi daif,” katanya, di sini semalam.

Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada murid-murid.
Turut diadakan penyampaian sumbangan bantuan persekolahan sekolah rendah daripada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).
-ZS-