
Laporan/foto: Nurshani Amsain (Sarawak)
KUCHING, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan perangsang transformasi dan inovasi dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan.
EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.

Noorlela Matsen penjawat awam yang menceriakan pejabat dengan tanaman bunga pelbagai jenis.
Pelaksanaan EKSA adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk ‘merakyatkan perkhidmatan’ secara menyeluruh melalui pengurusan persekitaran pejabat yang mengambil kira kehendak dan ekspektasi pelanggan.
Ia juga dapat membantu setiap jabatan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha meningkatkan imej korporat secara positif, menggalakkan pembudayaan amalan hijau, menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif.
Menurut seorang penjawat awam Noorlela, 40, melalui pelaksanaan EKSA ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti tinggi serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dan tolong-menolong antara satu sama lain.
“Pelaksanaan EKSA dalam organisasi dapat mewujudkkan suasana kerja yang lebih kemas, bersih, tersusun dan berimej korporat serta membantu kearah proses kerja yang lebih efektif dan mengurangkan kos operasi,” katanya.
Aktiviti EKSA dilihat mampu memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.
-RJ