Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Tahun Ular Membawa Pelbagai Pengertian

By 20 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH 20 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Hiasan Tahun Baharu Cina 2025 peringkat DUN Ayer Keroh telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka di perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang, di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka ketika berucap.

Ab Rauf Yusoh, berkata bertemakan reka bentuk klasik dan tradisional, ia turut mendapat ‘semangat’ Tahun Ular dalam zodiak Cina yang membawa pelbagai simbolik antaranya kebijaksanaan, keberanian, transformasi, kelincahan dan ketajaman selari dengan sifat ular itu sendiri.

“Ayuhlah sama-sama kita mengambil semangat tahun ular kali ini untuk terus bergerak maju ke hadapan dengan berfikir lebih mendalam, bijak dalam membuat keputusan dan berani dalam membuat transformasi pembaharuan kehidupan untuk keluar daripada kepompong kesusahan,”ujarnya.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Ahli Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Tuan Kerk Chee Yee sebagai tuan rumah mengucapkan terima kasih atas kesudian Ketua Menteri Melaka hadir merasmikan program tersebut.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Allex Seah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda