Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiga Penyedia Perkhidmatan Media Sosial Terima Lesen untuk Beroperasi

By 17 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Bernama

PUTRAJAYA, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Tiga penyedia perkhidmatan media sosial telah menerima lesen untuk beroperasi di negara ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Setakat 5.00 petang semalam, WeChat telah mendapat lesen, TikTok dan juga Telegram.

“Meta setakat semalam, mereka telah menghantar beberapa dokumen susulan untuk membuat pengesahan mengenai beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan saya jangka proses tersebut berjalan dengan tertib dan lancar,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini petang tadi.

Menjawab soalan berkaitan platform LinkedIn, Fahmi telah minta supaya MCMC meneliti sama ada rangkaian profesional itu mempunyai jumlah pengguna di Malaysia lebih daripada lapan juta.

“Dan sekiranya perlu sekiranya mereka juga ditakrifkan sebagai media sosial, maka mungkin kita akan berhubung dengan pihak LinkedIn nanti,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda