Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

YADIM Komited Terus Bantu Masyarakat Setempat

By 5 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Wan Khairani Wan Husin (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) komited untuk terus menyantuni mangsa yang terkesan akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang lalu dengan memberikan bantuan melalui sumbangan kotak makanan dan KIT Solat Bencana, di sini hari ini.

Yang Dipertua YADIM Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, memaklumkan bahawa seramai 50 petugas daripada pelbagai agensi awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berganding bahu dalam membantu masyarakat setempat yang terkesan akibat banjir.

Petugas-petugas sukarelawan program penyerahan bantuan.

“Pihak YADIM telah turun padang dan menyalurkan sumbangan kepada masyarakat yang terkesan, termasuk mengedarkan lebih 100 pek makanan dan Kit Solat Bencana di kawasan Taman Perumahan Taman Desa Tanjung Damai (TDTD), Gong Badak.

“Program seperti ini harus dilaksanakan secara berterusan bukan sahaja oleh agensi kerajaan tetapi juga oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat yang memerlukan secara terus dan cepat,” katanya.

Seorang penerima sumbangan, Junaida Jusoh, 39, berkata sumbangan tersebut mungkin kelihatan kecil tetapi amat bermakna bagi mereka yang memerlukan, terutama ketika musim banjir.

Menurut Junaida (berkerusi roda) bantuan ini sangat bermakna bagi keluarganya.

“Saya amat terharu dengan usaha pihak YADIM dan agensi yang terlibat dalam menganjurkan majlis ini yang bukan sahaja menjaga kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang kurang berkemampuan tetapi juga penduduk setempat yang memerlukan,” katanya.

YADIM sentiasa menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada YADIM boleh melayari laman sesawang https://www.yadim.com.my/v2/.

-ZS-

Tinggalkan komen anda