Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Fitness Arena Dorong Masyarakat Gaya Hidup Sihat

By 29 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)

TAIPING, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Pembukaan Fitness Arena di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping, di sini oleh Toyo Tyre Malaysia (TTM) Sdn Bhd memupuk masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Para pengunjung Taman Tasik Taiping teruja dengan pembukaan Fitness Arena.

Menurut Presiden dan Pengarah Urusan TTM Sdn Bhd Mike Toh, arena kecergasan itu merangkumi komitmen terhadap penjagaan alam sekitar.

“Kami menggunakan dana daripada usaha kitar semula dengan kos pembinaan berjumlah RM50,000 untuk mewujudkan ruang kecergasan yang inklusif untuk semua peringkat umur. Toyo Tires Arena Fitness menampilkan enam peralatan senaman yang direka khas bagi memenuhi keperluan individu.

“Ruang inklusif ini menggalakkan masyarakat khususnya di Taiping untuk mengutamakan kesihatan sambil menikmati keindahan pemandangan Taman Tasik Taiping,” katanya kelmarin.

Tambah Mike, pembukaan Fitness Arena ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan komuniti yang mampan.

Terdahulu, Toyo Tires Fitness Arena dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong Teh Kok Lim bersama ADUN Pokok Assam Ong Seng Guan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda