Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

300 Penerima Program Kembali ke Sekolah

By 9 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufe Fuddin (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani menganjurkan Program Kembali ke Sekolah dengan kerjasama Hasani Book dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsung di perkarangan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani.

Syaedah Nazurah Abdul Razak bersama anaknya

Seramai 300 orang penerima Baucer Program Kembali ke Sekolah menerima RM100 setiap seorang dan baucer tersebut boleh ditebus di mana-mana cawangan Kedai Hasani Book di seluruh Negeri Kedah.

Menurut Dr Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Hasani Book dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan.

Sesi bergambar bersama para penerima sumbangan

Sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringkan beban ibu bapa untuk anak-anak yang akan masuk ke sekolah pada tahun ini.

Salah seorang penerima bantuan, Syaedah Nazurah Abdul Razak, 33, bersyukur diatas keprihatinan pemberian baucer ini kerana ianya dapat menampung perbelanjaan barang persekolahan anaknya.

Turut hadir sama Pegawai Pemasaran Hasani Book Ahmad Romie dan Pengurus State Stakeholder Affair TNB Kedah Perlis Abdul Manaf Othman.

-AA-

Tinggalkan komen anda