Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ziarah Kasih Anak Oku

By 9 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)

POKOK SENA, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Ibu remaja OKU sindrom down, Selasiah Md. Isa, 48, berbesar hati menerima kunjungan Ketua Komuniti Madani Mukim Jabi dan Derang, Mohd Zin Hassan, bersama Pegawai Penerangan Daerah Pokok Sena, Romzi Sori, di rumahnya di Pokok Sena, semalam.

Selasiah memberitahu anak ketiganya itu tidak mampu berjalan selepas ayahnya meninggal dunia.

“Anak saya juga mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema kerana antibodi lemah,” katanya.

Mohd Zin yang mewakili Komuniti Madani Mukim Jabi dan Derang, Pokok Sena turut memberi sedikit sumbangan lampin pakai buang bersama barangan dapur untuk kegunaan sekeluarga.

-AA-

Tinggalkan komen anda