
Laporan/Foto: Awangku Hamizan / Clarence Chin (Sarawak)
BELAGA (KAPIT), 5 Feb (MalaysiaAktif) – Masakan Mi Kampua adalah masakan yang biasanya didominasi oleh kaum Cina di Sarawak.
Namun, seorang pengusaha gerai makan di pekan kecil Belaga, Sabong Sirek telah berjaya menghasilkan menu masakan mi kampua versi halal.
Sabong Sirek, 60 tahun, mempunyai kisah unik di sebalik kejayaannya dalam dunia masakan.

Sabong Sirek bersama menu masakan mi kampua versi halal beliau.
“Sebelum ini, saya pernah bekerja dengan masyarakat Cina dan banyak belajar tentang dunia masakan daripada mereka dan setelah itu, saya mula menceburi bidang perniagaan makanan dengan memperkenalkan versi halal mi kampua,” katanya semalam.
Tambahnya, beliau juga menyatakan bahawa aspek kebersihan dan kualiti makanan menjadi keutamaan.
“Semua bahan yang digunakan adalah segar selain penyediaan makanan dilakukan dengan teliti untuk memastikan kebersihan serta keselamatan pelanggan,” katanya.
Dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kedai Sabong Sirek menjadi tempat persinggahan utama bagi penduduk tempatan dan pengunjung yang ingin menikmati sajian mi kampua halal.
-RJ-