Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bantuan SARA Naik Hampir Dua Kali Ganda, Penerima Bersyukur Terima Manfaat

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Maherah Marina Mahusin (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Kenaikan kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM1,200 kepada RM2,100 setahun yang diumumkan kerajaan pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur oleh penerima bantuan di seluruh negara.

Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 sebulan bagi bulan Januari hingga Mac dan akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai April ini.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Bukit Tok Ris menyokong penuh inisiatif kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Bukit Tok Ris Hassan Ibrahim, 60, yang juga penerima bantuan SARA, berkata kenaikan ini dianggap amat tepat pada masanya terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat.

“Saya amat bersyukur dan berharap usaha ini akan berterusan,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif, di sini hari ini.

Siti Fatihah Mohd Fadil, 29, turut berkongsi rasa terima kasih kepada kerajaan atas peningkatan kadar bantuan tersebut.

“Bantuan ini sangat membantu keluarga saya yang mempunyai ramai tanggungan.

“Ia meringankan beban kami, dan kami sangat menghargai komitmen kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Siti Fatihah bersyukur kadar bantuan SARA dinaikkan.

Masitah M Amin, 50, dari Kampung Telaga Daing, juga meluahkan rasa terima kasihnya atas perubahan positif ini.

“Kenaikan bantuan SARA memberi sinar baru bagi keluarga kami yang ramai tanggungan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian kepada kami,” katanya sambil menunjukkan aplikasi penerima SARA yang diterimanya.

Kenaikan kadar bantuan SARA ini dilihat sebagai langkah tepat dalam meringankan beban golongan B40, membuktikan komitmen kerajaan dalam menyokong kesejahteraan rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda