Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisVideo

“Sailing Catamaran” Timah Tasoh

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/video: Noor Aini/Wan Muhammad Zikri (Perlis)

PADANG BESAR, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Beriadah atas perahu layar dan dapat menikmati panorama indah di sekitar tasik timah tasoh di Perlis dengan menaiki perahu layar jenis Hobie Catamaran Gateway bersama pasukan HerMission House Extreme Sports Club memberikan satu pengalaman yang menpersonakan.

Pengunjung Tasik Timah Tasoh kini berpeluang merasai pengalaman beriadah di atas perahu layar dan menikmati suasana yang aman dan tenteram sambil menghayati keheningan di tasik ini.

Pengunjung dapat meneroka Tasik Timah Tasoh termasuk ke Santuari Ikan Air Tawar yang terletak di seberang tasik.

Beberapa Pakej dengan perahu layar di tasik Timah Tasoh yang dikendalikan oleh Kelab Hermission turut disediakan bagi pengunjung, sebuah pasukan yang dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dalam sukan perahu layar.

Syarifah Nadiah Syed Mohd Thala Wafa, 38, pemilik kelab ini berkata berlayar dengan Catamaran ini, pastinya ia akan memberikan satu pengalaman yang sangat bernilai terutama bagi mereka yang ingin mencari aktiviti ketika bercuti dan menikmati ketenangan.

“Aktiviti ini hanyalah aktiviti riadah dan tidak memerlukan kemahiran teknikal kerana kami yang akan membawa catamaran ini sambil pelanggan menikmati suasana sekeliling” ujar beliau ketika ditemui petang semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda