Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Inap Terapung: Suasana Santai dan Seronok

By 3 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Affifa Aroff Nizam (Perak Tengah)

KAMPONG GAJAH, 3 Feb (MalaysiaAktif) – Projek Inap Terapung yang terletak di Kampung Kepala Pulau/Kota menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung tempatan dan luar.

Pengusaha Projek SejaTi MADANI Inap Terapung

Menurut Pengusaha Projek Inap Terapung Badrul Hisham, projek ini dibangunkan melalui bantuan dana geran Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI).

Inap Terapung Kampung Kepala Pulau/Kota

Dengan harga sewaan RM150 satu bilik satu malam, projek ini menawarkan pengalaman unik bagi mereka yang mencari suasana tenang dan dekat dengan alam.

“Inap ini juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti ruang serta peralatan memasak yang mencukupi dan tandas yang menjamin keselamatan dan keselesaan para pengunjung,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Selain itu, projek ini turut mengetengahkan penternakan ikan dalam sangkar kecil yang pasti akan menarik minat pencinta alam dan hidupan sungai.

Tambah Badrul, dengan adanya kemudahan sebegini diharapkan ia dapat merancakkan lagi ekonomi setempat dan memberikan manfaat yang berterusan kepada komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda