
Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Mohd Noor Mahmudin Mohd Mahlil
PASIR MAS, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat melalui Program Outreach yang diadakan dengan kerjasama Nadi Tendong, Celcom Digi, dan Komuniti MADANI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tendong, hari ini.

Muhamad zahier Abdul Rahman,35 amat berterima kasih kepada pihak kerajaan dan KWSP diatas komitmen pihak KWSP turun padang menemui masyarakat
Memasuki tahun pertama penganjuranya, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai pengurusan kewangan yang lebih baik dan pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memastikan KWSP dapat mendekati pelbagai lapisan masyarakat.
Menurut Pegawai Khidmat Nasihat Pelanggan KWSP, Nur Syifaa Mohd Najib, 34, program ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat termasuk semakan penyata, pengaktifan i-Akaun, pendaftaran i-Saraan, semakan i-Suri, caruman sukarela, pendaftaran Shariah, penamaan, semakan khairat kematian, i-Sayang, i-Invest, Voluntary Excess dan lain-lain perkhidmatan berkaitan.
“Program seperti ini sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menyimpan dengan KWSP bagi menjamin kehidupan yang sejahtera di hari tua,” katanya.

Pihak CelcomDigi juga turut serta dalam memberi khidmat dan manfaat dalam perkhidmatan lebih baik
Seorang peserta program, Muhamad Zahier Ab. Rahman, 35, menyambut baik inisiatif ini dan berpendapat bahawa pendekatan mendekati masyarakat secara langsung adalah kaedah terbaik untuk memastikan perkhidmatan KWSP dapat diakses oleh semua golongan.
“Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dan pinggir bandar, malah membolehkan pencarum memahami dengan lebih mendalam perkhidmatan yang ditawarkan.
“Ia juga memberi peluang kepada pencarum mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pegawai KWSP,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.
Program Outreach ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dan turut dihadiri oleh Pengurus NADI Tendong, Pengurus Celcom Digi, Pegawai Khidmat Nasihat Pelanggan KWSP, serta wakil Komuniti MADANI Kampung Teliar.
Program ini membuktikan usaha KWSP dalam membantu rakyat merancang kewangan dengan lebih baik, sekali gus memastikan masa depan yang lebih stabil dan sejahtera untuk semua.
-AA-