
Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin/ Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
JAWI, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Teik Nibong Tebal, di ainu semalam meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang masyarakat sekitar yang berbilang kaum.

Chow Kon Yeow ketika menyampaikan ucapan.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow majlis ini diadakan bagi meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat dan pemimpin setempat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
“Sambutan perayaan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim ianya juga menyemai sikap tolak ansur serta keharmonian dalam komuniti,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa H’ng Mooi Lye, berkata kerjasama pelbagai kaum memberi banyak manfaat serta mengukuhkan perpaduan kaum.
“Pembangunan pesat negeri ini membuktikan kerajaan negeri komited dan bekerja keras melaksanakan tanggungjawab bermula dari tahun 2008 lagi,” katanya.

Tetamu jemputan bersama orang ramai yang hadir.
H’ng Mooi Lye turut berharap sokongan kuat terus diberikan untuk menjamin kemajuan serta kesejahteraan.
Sambutan perayaan ini juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian singa, persembahan orkestra Cina dan menggaul hidangan yee sang.
Turut hadir Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
-ZS-