Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perpaduan Kaum Teras Keselamatan Negara

By 9 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka (Gombak)

RAWANG, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor Faizatul Aini Mohd Adnan, berkata ikatan perpaduan kaum adalah teras penting kepada keselamatan negara.

Faizatul Aini Mohd Adnan berucap ketika Program Semarak Madani Tahun Baru Cina 2025, di Gelanggang Bola Keranjang, Kg. Dato’ Lee Kim Sai, di sini hari ini.

Katanya, negara kita yang berbilang kaum ini sering berhadapan dengan pelbagai cabaran baik dari segi sosial, ekonomi dan keselamatan.

“Harus diingat keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata tetapi tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

“Justeru, sambutan program perayaan ini mengingatkan kita pentingnya kesatuan rakyat dalam mengekalkan ikatan perpaduan kaum demi kehidupan yang terus aman dan stabil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Semarak Madani Tahun Baru Cina 2025 anjuran MKN Selangor di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Dato’ Lee Kim Sai, di sini hari ini.

Faizatul Aini Mohd Adnan (tengah) bersama Wei Kiat (kanan) menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada para penerima terpilih.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dan Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abd Aziz.

Sementara itu, Wei Kiat, berkata program seperti ini diharapkan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam masyarakat yang pelbagai kaum, berbeza agama dan budaya.

“Saya akan terus berusaha menyokong program-program seperti ini di peringkat kawasan mahupun negeri bagi meneruskan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda