Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Klang Meriah, Menyatukan Semua Kaum

By 3 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal

KLANG, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Rumah terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan di pekarangan pejabat DUN Bandar Baru Klang semalam meriah dan dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang masyarakat sekitar yang berbilang kaum.

Antara pengunjung pelbagai kaum yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bandar Baru Klang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang Dr. Quah Perng Fei majlis tersebut diadakan bagi meraikan masyarakat pelbagai kaum yang banyak menyokong kepimpinan tempatan dalam apa jua keadaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Ng Suee Lim turut hadir memeriahkan program.

“Ahli-Ahli Majlis di Klang perlu bekerja lebih kuat untuk membantu semua masyarakat pelbagai kaum agar bandar raya kita lebih baik daripada (berbanding) dahulu.

“Sampah sarap perlu dibersihkan dan kemudahan awam hendaklah dibaik pulih agar Klang turut menjadi destinasi pelancongan di Selangor,” katanya.

Ng Suee Lim.

Ng Suee Lim turut berharap agar Klang terus berubah ke arah kualiti yang lebih baik sejajar dengan peningkatan menjadi Majlis Bandaraya.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang Datuk Haji Abd.Hamid Hussain dan ketua-ketua jabatan daerah Klang.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya Persembahan Tarian Singa, Persembahan Orkestra Cina dan menggaul hidangan yee sang menggunakan kayu penyepit.

-ZS-

Tinggalkan komen anda